1. Hubungi nombor telefon yang tertera (013-3884435 / 017- 3593230)
2. Pekenalkan nama anda dan nyatakan tarikh untuk anda Daftar Masuk dan Keluar
3. Sila masukkan deposit RM50 ke dalam akaun Maybank yang akan diberikan melalui SMS
4. Sila SMS:
. Nama & No. IC
. Tarikh daftar masuk & daftar keluar
. Bukti pembayaran (Tarikh & masa deposit dibuat)
5.Pendeposit akan diWAJIBkan untuk mengisi borang butiran Daftar Masuk ketika proses penyerahan kunci dilakukan untuk melengkapkan proses tempahan.
PERHATIAN!!!
1.Tempahan hanya akan dikira hanya setelah pembayaran deposit berserta bukti pembayaran telah dijelaskan.
2.Sebarang perubahan tarikh atau pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan seminggu (7 hari) awal dari tarikh yang telah ditempah. Walaubagaimanapun, bagi perubahan tarikh penginapan, ianya tertakluk kepada kekosongan yang ada.
3.Deposit TIDAK akan dipulangkan sekiranya tempahan DIBATALKAN kurang dari 7 hari sebelum tarikh yang sepatutnya.
4.Baki bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI ketika kunci diberikan semasa proses Daftar Masuk ke TieM Homestay.
Masa Daftar Masuk & Keluar
Daftar Masuk: 3.00 petang
Daftar Keluar: 12.00 tghari.
Kadar Sewa
RM 160 net sahaja
**********************************************************
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika berada di
TieM Homestay
1.Semua peralatan yang disediakan, di dalam homestay ini boleh digunakan oleh penyewa.Peralatan tersebut hendaklah digunakan dengan secara berhemah dan cermat. Jika terdapat kerosakan sebelum digunakan, sila laporkan kepada pihak homestay dengan kadar segera.2.Bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan semasa menginap disini. Pastikan pintu dan tingkap dikunci semasa anda tidur atau keluar.
3.Penghuni diharap dapat memastikan semua suis termasuk kipas / lampu /aircond ditutup
setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay.
4.Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau
melaporkan kecurian kepada pihak polis.
5.Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
6.Pastikan semua peralatan dapur yang digunakan oleh penyewa dicuci sebelum check out dari homestay ini
7.Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
8.Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang semasa anda berada di dalam bilik.
9.Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
10.Ditegah sama sekali membawa masuk makanan yang tidak halal ke dalam homestay.
11. Dilarang sama sekali menjadikan cadar atau comforter sebagai alas seterika.
12.Kerosakan alatan kerana kecuaian pengguna mestilah ditanggung oleh penyewa. Pemilik Homestay boleh membuat tuntutan ganti rugi atas kerosakan tersebut.
13.Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan.
14.Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out
No comments:
Post a Comment